Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

PRESIDEN PPBM AKAN DITUMBANGKAN AHLI SENDIRI, MUHYIDDIN PM PALING SINGKAT DALAM SEJARAH? Perang Kuasa Dalam PPBM, Siapa Lebih Berkuasa?

PRESIDEN PPBM AKAN DITUMBANGKAN AHLI SENDIRI, MUHYIDDIN PM PALING SINGKAT DALAM SEJARAH? Perang Kuasa Dalam PPBM, Siapa Lebih Berkuasa? Dalam keadaan negara yang menghadapi pandemik Covid-19, masih ada pihak berpolitik tanpa batasan. Situasi menggegarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin menampakkan keretakan apabila tular surat pemecatan Setiausaha Agung PPBM yang ditandatangani oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti.   Bagaimanapun keputusan Muhyiddin memecat Marzuki tidak diterima oleh Tun Mahathir yang masih mengganggap dirinya Pengerusi PPBM yang berkuasa. Perselisihan kuasa antara Presiden dan Pengerusi parti semakin memuncak sejak TSMY dilantik sebagai PM Ke-8 apabila Tun M meletakkan jawatan dalam kekalutan perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan sendiri.  Tekanan yang dikenakan sekutu PH menyaksikan jawatan Pengerusi PH disandang Anwar Ibrahim dan kemudian dicalonkan sebagai PM menggantikan Tun M. Kemelut pere...

Drama Band kemalangan, lebih ramai mengutuk dari bersimpati

Drama-Band Trauma Kemalangan Adakah ini penanggan Sumpah Lahnat Bossku??  MALANG tak berbau apabila beberapa orang ahli kumpulan Drama Band iaitu Aepul, Daus, Padel dan seorang pekerja mereka terlibat dalam kemalangan kereta kira-kira pukul 1.30 pagi, Ahad di Penang. Menurut vokalis kumpulan, Aepul Roza, kereta mereka mengalami kerosakan sepenuhnya (total loss) selepas dilanggar pemandu kereta Vios yang dipercayai dalam keadaan mabuk. Aepul juga berkata pemandu tersebut bersama teman wanitanya melarikan diri dengan meninggalkan kereta mereka di lokasi kejadian. Sebelum ini Drama Band telah menghina bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur dengan gimik persembahan yang keterlaluan di Anugerah Juara Lagu (AJL) 34. Persembahan mereka dikecam oleh netizen dan rata-rata kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati bekas perdana menteri yang mana sebelum ini telah membantu merek...

AWAS!! Serangan Halus RBA Cuba Mewujudkan Persepsi Umno Parti Yang Gila Kuasa.

Merujuk kepada satu posting penulisan yang panjang lebar, permainan yang sangat halus untuk mencipta persepsi Umno adalah sebuah parti yang gila kan kuasa...  Sila Baca Di Sini         (kenyataan Palsu)  (Kenyataan Asal)  No 1 pemimpin MN menghormati TSMY menentukan kabinet sendiri demi kelangsungan kerajaan PN. No 2. MN pada asalnya menyokong PN. Namun bersyukur dan menerima  jika diberikan portfolio. No 3. Dalam keadaan PN bukan sebuah parti dan  tiada jawatankuasa, maka menteri kanan adalah amat perlu. No 4. Program bantuan rakyat tidak terjejas dengan COVID 19. Tiada kaitan secara langsung untuk tangguh BSH atau sebarang bantuan rakyat dalam keadaan nilai mata wang makin pulih dan saham mula meningkat. No 5. Tiada desakan daripada pakar untuk mengganti sistem cukai secara terburu-buru walaupun umum mengetahui GST lebih baik daripada SST.  No 6. Najib sendiri mahu teruskan perbicaraan kerana ia adil bagi diriny...

Benarkah Ku Li yang keluar Umno atau Tun Mahathir yang sebenarnya halang Ku Li sertai Umno baru??

Benarkah Ku Li yang keluar Umno atau. Tun M yang sebenarnya halang Ku Li sertai Umno baru??  Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah keluar atau meninggalkan UMNO tetapi Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang buat begitu, kata Penasihat Kewangan dan Peribadinya, Datuk Nik Ahmad Azmi Nik Md Daud. Nik Ahmad Azmi berkata demikian susulan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa Tengku Razaleigh atau Ku Li keluar UMNO dan menubuhkan parti Melayu iaitu Semangat 46. Nik Ahmad Azmi berkata, UMNO asal ditubuhkan pada tahun 1946 tetapi kemudiannya ia dibatalkan pendaftaran oleh mahkamah pada tahun 1987 atas sebab kononnya terdapat ahli yang mengundi didakwa tidak berdaftar. Beliau berkata, disebabkan itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada ketika itu mengesyorkan satu parti ditubuhkan iaitu UMNO Malaysia dan memohon kepada Menteri Dalam Negeri serta dibentang dalam Parlimen agar dibenarkan UMNO asal ini dihidupkan semula tetapi ia ditolak. "Pada masa yang sama, Dr M...

Satu posting propaganda yang dikeluarkan DAP ialah bekas Menteri Kewayangan Lim Guan Eng tidak anti-Melayu

Satu posting propaganda yang dikeluarkan DAP ialah bekas Menteri Kewayangan Lim Guan Eng tidak anti-Melayu.  Baca Disini Kenyataan media itu juga yang disokong oleh Tun M di dalam Malaysiakini iaitu Mahathir: Guan Eng is not 'anti-Malay' Baca Disini Kenyataan yang dibuat oleh Tun M itu cuba mengambarkan apa sebenarnya??  Cybertrooper Dap membuat propaganda Lim Guan Eng/Dap konon nya bukan anti Melayu/rasis, dalam menguatkan hujah mereka konon nya kerajaan PH pernah memberikan peruntukkan RM400 juta, RM200 juta kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun peruntukkan itu memang tanggungjawab kerajaan persekutuan memberi bajet tahunan kepada setiap negeri..  Jika itulah point mereka bagi bukti menggambarkan Lim Guan Eng tidak rasis maka boleh lah kita buktikan dan andaikan yang kerajaan BN dulu juga tidak rasis kerana dalam tempoh dua tahun pertama DSN menjadi PM kerajaan BN telah memberi geran percuma sebanyak RM 1.2 Bilion kepada kerajaan Pulau Pinang untuk empangan Men...

Adakah Tun M Aset Atau Beban Kepada PH?

DALAM usaha terus bertahan selepas disingkirkan daripada puncak kuasa, Pakatan Harapan kini dalam dilema sama ada mahu terus bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad atau tidak. Dr Mahathir dan partinya, Bersatu bukan lagi sebahagian daripada PH tetapi ada suara dalam pembangkang itu yang percaya mereka perlukan bekas perdana menteri itu sekiranya mahu menumpaskan kerajaan Perikatan Nasional. Pemimpin utama Amanah sudah bertemu Dr Mahathir pada 10 Mac lalu berkaitan peranannya dalam membantu PH. Tetapi, kenyataan terbaru pemimpin emas itu dalam wawancara pertama selepas kejatuhan kerajaan PH membuatkan ramai percaya beliau kini sudah tidak sependirian dengan pemimpin PH yang lain. Sumber dalam PH memberitahu The Malaysian Insight yang mereka yang tidak mahu bekerjasama lagi dengan Dr Mahathir wujud dalam semua parti PH iaitu DAP, Amanah dan PKR. Perbezaan antara mereka boleh di nyatakan seperti berikut:  Baca Di Sini   ada yang percaya Dr Mahathir diperlu...

Khalid Samad Di serang di Terengganu

Pakatan Harapan cuba memfitnah MCA hanya guna bahasa cina...  Baca Di Sini Baca Di Sini Baca Di Sini Ada beberapa pemimpin Melayu PH yang cuba menipu Rakyat bahawa pemimpin MCA yang baru-baru ini dilantik menteri hanya membuat hantaran dalam Bahasa Cina dan mengabaikan Bahasa Melayu. Tuduhan ini tidak adil. Kalau hendak tuduh pun, biar jujur. Adakah fitnah umpama makanan kegemaran PH??  Amalan kebiasaan pemimpin MCA ialah  menggunakan dua page FB berlainan - satu untuk Bahasa Melayu/English dan satu untuk Bahasa Cina. Walaupun kadang-kala ada masa nya perbezaan waktu semasa membuat posting, kebanyakkan posting yang mereka buat adalah dalam dua bahasa, Melayu dan Cina dalam page masing-masing. Di harap pihak Pakatan Harapan jangan memainkan sentimen bangsa hanya demi meraih sokongan politik.. Di sini kita boleh lihat siapakah yang sebenarnya rasis... 

Anwar Ibrahim mula menunjukkan kedangkalan nya.

Kerajaan tidak bersungguh tanggani covid19 ) Datuk Seri Anwar Ibarahim seharusnya tidak perlu begitu terburu² untuk menggesa kerajaan Perikatan Nasional bagi memberi tekanan terhadap usaha memulihkan ekonomi Dan penularan wabak koronavirus(covid 19). Sebaiknya Anwar Ibrahim mengambil pendekatan bermuhasabah diri dan mengenali terlebih dahulu isu² yang beliau telah buat gesaan itu. Kerajaan Perikatan Nasional ini baru sahaja terbentuk pada 9 March 2020 yang lepas..Iaitu setelah kegagalan kerajaan PH yang mentadbir dengan penuh kerosakkan² yang di buat terhadap ekonomi negara dan lain² isu. Menyentuh berkenaan situasi ekonomi negara pula, Anwar sepatutnya menyalahkan kegagalan kerajaan di bawah Pakatan harapan 100% kerana menjadi punca kepada semua permasalahan yang timbul.. Anwar tidak perlu berlagak bijak dalam bidang ekonomi dengan mengaitkan penurunan harga minyak dunia adalah kerana dibawah kerajaan Pakatan Harapan.. Kebergantungan KDNK negara kepada hasil minyak menjadi...

Kesabaran Saya Tahap Dewa, Kata Anwar

Kesabaran Saya Tahap Dewa Kata Anwar ANWAR Ibrahim berkata beliau tidak terjejas sedikit pun dengan apa saja pandanganDr Mahathir Mohamad mengenai dirinya, seperti yang disebut oleh bekas perdana menteri itu dalam satu wawancara minggu ini. Kata Anwar, Dr Mahathir sudah berpuluh tahun berkata macam-macam mengenai dirinya, namun semua itu tidak mencalar pendiriannya dan PKR, dalam perjuangan keadilan untuk rakyat. "Kesabaran saya itu tahap dewa. Orang kecam maki hamun saya itu sudah lama. "Saya tidak mahu diheret dan diundang untuk menjawab satu persatu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, petang tadi. Beliau juga beberapa kali mengulangi terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan sesiapa saja, demi rakyat, termasuk dengan Dr Mahathir. Anwar menegaskan keutamannya beliau dan parti sekarang ialah mengembali PKR ke landasan perjuangannya yang sebenar, selepas mereka yang mengkhianati parti dikenakan tindakan atau keluar parti. Beliau juga mah...

Kenapa Mahathir U Turn Lagi, Nak Letak Mukhriz Sebagai TPM?

9 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia ke 8, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai jemaah Menteri dan Timbalan Menteri beliau. Agak mengejutkan bila Muhyiddin umumkan barisan kabinet beliau tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri. Ia dianggotai oleh 31 orang jemaah Menteri termasuk 4 orang Menteri Kanan dan 38 orang Timbalan Menteri. Jumlah keseluruhan anggota kabinet Muhyiddin adalah seramai 70 orang termasuk beliau sebagai Perdana Menteri. Barisan Kabinet Baru Tanpa Timbalan Perdana Menteri Menimbulkan satu persoalan besar, dengan satu barisan kabinet yang besar dan tempoh pentadbiran yang berbaki lebih dari 3 tahun, Muhyiddin mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Muhyiddin melihat tiada keperluan untuk mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri atau Muhyiddin sengaja mengosongkan jawatan tersebut untuk satu tempoh tertentu sebelum seseorang dilantik bagi mengisi jawatan tersebut? Kerajaan Muhyiddin sekarang dalam keadaan yang cukup kritikal. ...

Agenda utama pastikan Umno,rakan parti seperjuangan menang PRU15

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO adalah parti politik terbesar dan paling banyak berjasa di negara ini. Oleh kerana itu ujarnya, tugas dan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung mengelola hal ehwal pentadbiran parti juga besar bebanannya serta percaya berkat sokongan rakan-rakan pimpinan, atas izin Allah SWT ianya boleh menjadi sedikit keringanan. “Saya akan membantu terutamanya Presiden, Timbalan, Naib-Naib dan semua pimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dengan gigih dalam menjalankan amanah perjuangan parti. “Antara agenda utama itu ialah untuk memastikan kemenangan besar UMNO dan rakan parti-parti seperjuangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. “Cabaran di hadapan sangat luar biasa. Suasana politik juga banyak yang memeranjatkan. Namun berkat kerjasama semua, tiada apa yang mustahil untuk dicapai, Insya-Allah,” tambahnya dalam satu kenyataan. Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan median...

SELAMAT JALAN PAKATAN HARAPAN - SIAPA SEBENARNYA KHIANAT RAKYAT?

Pasca Kejatuhan Pakatan Harapan - Penyakit 'Sawan' Melanda Sudah 6 hari tampuk pemerintahan Malaysia telah bertukar dari Tun M kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Tun M meletakkan jawatannya sebagai PM. Kemelut yang luarbiasa dalam tempoh seminggu benar-benar mendebarkan ramai rakyat Malaysia hingga melupakan seketika virus Covid19 yang rancak melanda seluruh dunia. Tumpuan yang diberikan rakyat sangat hebat hinggakan menjadi topik 'Top 3' di Coffee House hinggalah ke pasar ikan, tidak kurang turut menjadi hangat kalangan 'Makcik Bawang dan Pakcik Halia' sampaikan ada yang berteka teki siapa yang akan menjadi PM Ke-8 samada Anwar atau Tun M akan mencipta sejarah 3 kali dilantik sebagai PM. Semua telah terjawap apabila TsMY mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri (tanpa kabinet) yang disokong Umno, Pas, GPS. Bagaimanapun kisah tersebut tidak habis dis...