Skip to main content

Anwar Ibrahim mula menunjukkan kedangkalan nya.


Datuk Seri Anwar Ibarahim seharusnya tidak perlu begitu terburu² untuk menggesa kerajaan Perikatan Nasional bagi memberi tekanan terhadap usaha memulihkan ekonomi Dan penularan wabak koronavirus(covid 19).

Sebaiknya Anwar Ibrahim mengambil pendekatan bermuhasabah diri dan mengenali terlebih dahulu isu² yang beliau telah buat gesaan itu.

Kerajaan Perikatan Nasional ini baru sahaja terbentuk pada 9 March 2020 yang lepas..Iaitu setelah kegagalan kerajaan PH yang mentadbir dengan penuh kerosakkan² yang di buat terhadap ekonomi negara dan lain² isu.

Menyentuh berkenaan situasi ekonomi negara pula, Anwar sepatutnya menyalahkan kegagalan kerajaan di bawah Pakatan harapan 100% kerana menjadi punca kepada semua permasalahan yang timbul..

Anwar tidak perlu berlagak bijak dalam bidang ekonomi dengan mengaitkan penurunan harga minyak dunia adalah kerana dibawah kerajaan Pakatan Harapan..

Kebergantungan KDNK negara kepada hasil minyak menjadi semakin meningkat hingga mencecah ke paras 33%.. walhal semasa dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum itu, kerajaan Barisan Nasional telah berjaya mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak menjadi 13%..

Maka adalah sangat dangkal  kenyataan Anwar terhadap ekonomi yang sedang merudum..

Apakah Anwar mahu dihuraikan kepadanya  satu persatu akan kelemahan² yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan dalam aspek ekonomi negara ini, yg mana bukan setakat para pelabur² asing telah menarik semula pelaburan² mereka yg bernilai ratusan billion?? 


Bahkan import product pembuatan dalam negara juga mengalami penurunan yg sangat teruk, yang membawa maksud pengurang esport keluar negara telah berlaku..

Selain penarikan Norway Fund yang merupakan salah satu funder terbesar dunia selain Paris fund, belum diambil Kira berkenaan dasar²  pelaburan yang sehingga berakhirnya kerajaan Pakatan Harapan juga masih tidak nampak..


Dimanakah insan yg bernama ANWAR IBRAHIM  ketika aset2 GLC dijual  oleh kerajaan Pakatan Harapan??


Dimanakah insan bernama ANWAR IBRAHIM itu saat negara membuat pinjaman Bond Samurai dan Bond Panda?


Dimanakah ANWAR IBRAHIM ketika pelabur² asing lari meninggalkan negara?? 

Hari ini insan bernama Anwar Ibrahim mula untuk bersuara mengkritik kerajaan yang baru sahaja terbentuk dengan Kritikan²  berstatus sampah.

Lebih melucukan lagi apabila Anwar memperkatakan tentang langkah menangani covid 19..

Apakah Anwar Ibrahim ini baru sahaja selesai bertapa didalam gua?? Tidak sedarkah Anwar bahawa kerajaan yg baru ini telah pun membuka web rasmi berkenaan info wabak tersebut..

Dan adakah Anwar Ibrahim sememangnya sangat jahil dalam memahami sesuatu isu yang melibatkan penularan wabak seluruh dunia ini bukanlah semudah bersembang dikedai kopi??

Amka Amat


Comments