Skip to main content

Satu posting propaganda yang dikeluarkan DAP ialah bekas Menteri Kewayangan Lim Guan Eng tidak anti-Melayu



Satu posting propaganda yang dikeluarkan DAP ialah bekas Menteri Kewayangan Lim Guan Eng tidak anti-Melayu. 







Kenyataan media itu juga yang disokong oleh Tun M di dalam Malaysiakini iaitu Mahathir: Guan Eng is not 'anti-Malay'


Kenyataan yang dibuat oleh Tun M itu cuba mengambarkan apa sebenarnya?? 

Cybertrooper Dap membuat propaganda Lim Guan Eng/Dap konon nya bukan anti Melayu/rasis, dalam menguatkan hujah mereka konon nya kerajaan PH pernah memberikan peruntukkan RM400 juta, RM200 juta kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun peruntukkan itu memang tanggungjawab kerajaan persekutuan memberi bajet tahunan kepada setiap negeri.. 

Jika itulah point mereka bagi bukti menggambarkan Lim Guan Eng tidak rasis maka boleh lah kita buktikan dan andaikan yang kerajaan BN dulu juga tidak rasis kerana dalam tempoh dua tahun pertama DSN menjadi PM kerajaan BN telah memberi geran percuma sebanyak RM 1.2 Bilion kepada kerajaan Pulau Pinang untuk empangan Mengkuan dan menukar hutang yang sedia ada kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta kepada bayaran pajakan 45 tahun.

Dengan tindakan kerajaan masa BN itu, hampir ke semua hutang kerajaan negeri Pulau Pinang telah dihapuskan pada tahun 2011...

Kenyataan ini boleh di buktikan melalui kenyataan media oleh Lim Guan Eng pada 2011.Baca Disini

Bertahun selepas itu, DAP dan Guan Eng pula memuji diri mereka bahawa pengurangan 95% hutang Pulau Pinang adalah kerana Guan Eng dan DAP telus, cekap, amanah dan pandai mentadbir urus kerajaan Pulau Pinang. 

Raykat pun telan dan ditipu dengan propaganda Dap bahawa akauntan gagal itu pandai mentadbir serta mengurus kewangan kerajaan negeri.

Comments