DALAM usaha terus bertahan selepas
disingkirkan daripada puncak kuasa, Pakatan Harapan kini dalam dilema sama ada mahu terus bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad atau tidak.
Dr Mahathir dan partinya, Bersatu bukan lagi sebahagian daripada PH tetapi ada suara dalam pembangkang itu yang percaya mereka perlukan bekas perdana menteri itu sekiranya mahu menumpaskan kerajaan Perikatan Nasional.
Pemimpin utama Amanah sudah bertemu
Dr Mahathir pada 10 Mac lalu berkaitan
peranannya dalam membantu PH.
Tetapi, kenyataan terbaru pemimpin emas itu dalam wawancara pertama selepas kejatuhan kerajaan PH membuatkan ramai percaya beliau kini sudah tidak sependirian dengan pemimpin PH yang lain.
Sumber dalam PH memberitahu The
Malaysian Insight yang mereka yang tidak
mahu bekerjasama lagi dengan Dr Mahathir wujud dalam semua parti PH iaitu DAP, Amanah dan PKR.
Perbezaan antara mereka boleh di nyatakan seperti berikut: Baca Di Sini
ada yang percaya Dr Mahathir diperlukan untuk meraih keyakinan 112 ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap kerajaan PN pada Mei.
Ada yang percaya bekas pengerusi PH itu
hanya melambatkan mereka dan sudah tiba masanya Presiden PKR Anwar lbrahim ambil alih.
"Situasi lebih kurang sama seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14," kata seorang wakil rakyat DAP.
"Ahli parti berbelah bahagi sama ada mahu bekerja dengan Dr Mahathir lagi kerana kita dapati masalah sama berulang," katanya yang bercakap atas dasar kerahsiaan identiti.
Sebelum PRU14, PH berdepan dilema
penerimaan Dr Mahathir dan Bersatu ke dalam gabungan itu.
Ini adalah kerana ramai ahli DAP, Amanah dan PKR yang menderita disebabkan Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri mewakili Barisan Nasional.
Comments
Post a Comment